30 December 2008

PENDAFTARAN TAHUN 2009

Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran mulai dari sekarang atau pada waktu persekolahan yang akan bermula pada 05 Jan. 2009. Adalah dimaklumkan semua bentuk pembayaran dikekalkan seperti tahun 2008.

WAKTU PERSEKOLAHAN
Isnin hingga Khamis - 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi.
Jumaat - 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi.

Berikut disertakan senarai pembayaran:-

Pendaftaran tahun 2009.
1. Yuran Pendaftaran Murid Baru - RM60.00 Murid lama RM30.00 Shj.
2. Buku & Alatan Tulis - RM110.00
3. Kertas Ujian dan Aktiviti - RM50.00
4. Sumbangan Ihtifal - RM20.00
5. Sumbangan Dana PASTI - RM10.00
6. Sumbangan Sukan - RM20.00
7. Aktiviti Lawatan - RM30.00
8. Bayaran Yuran Bulanan - RM70.00 sebulan selama 10 Bulan Sahaja.

Bayaran Pakaian PASTI
1. Pakaian Murid Lelaki - RM30.00
2. Pakaian Murid Perempuan - RM27.00
3. Pakaian Sukan - RM25.00

Bayaran Penjagaan Harian (Day Care)- Jika Perlu Sahaja.
1. Masa 11.30 Pagi hingga 3.00 Petang - RM80.00
2. Masa 11.30 Pagi hingga 6.00 Petang - RM140.00
Bayaran tambahan akan dikenakan jika melebihi masa yang ditetapkan.

JADIKAN PASTI SEBAGAI PILIHAN UTAMA TUAN/PUAN.

09 November 2008

TERIMA KASIH

Saya mewakili jawatankuasa pengurusan Pasti dan guru ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ibubapa diatas sokongan dan sumbangan dalam menjayakan Majlis Ihtifal PASTI Desa Mewah yang telah diadakan pada 9 Nov. 2008. Sokongan tuan/puan adalah amat bermakna dalam memastikan kejayaan PASTI kita ini.

Kepada tuan/puan yang mempunyai koleksi gambar anak-anak sepanjang aktiviti PASTI dijalankan pada tahun ini bolehlah kirimkan kepada saya dengan email pastidm@ymail.com untuk dijadikan koleksi didalam blog ini.

Sekian terima kasih.

05 November 2008

JEMPUTAN MAJLIS IHTIFAL PASTI 2008

JAWATANKUASA PENGURUSAN PASTI DESA MEWAH MENJEMPUT TUAN/PUAN IBUBAPA UNTUK HADIR KE MAJLIS IHTIFAL PASTI DESA MEWAH;

TARIKH: 09 NOV. 2008 (AHAD)
MASA: JAM 9.00 MALAM
TEMPAT: PASTI DESA MEWAH (NO. 31 JALAN DESA MEWAH 15)

TETAMU JEMPUTAN: YB DR CHE ROSLI BIN CHE MAT (YB HULU LANGAT)

ATURCARA:-
UCAPAN YB
PERSEMBAHAN PELAJAR
PENYAMPAIAN HADIAH
JAMUAN

KEHADIRAN TUAN/PUAN KAMI UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

AKTIVITI PASTI 2008










Aktiviti PASTI yang dijalankan ialah;

. Lawatan ke pusat-pusat tarikan pelajar seperti,
  • Zoo Negara

· Sukan Tahunan yang melibatkan penyertaan ahli keluarga.

· Menyertai Pertandingan peringkat Kawasan Hulu Langat;

  • Bercerita,
  • Hafazan (dapat tempat ketiga)
  • Azan,
  • Berkhutbah
  • Deklamasi Sajak

· Menyertai Pertandingan peringkat Kawasan Hulu Langat;

  • Bola Sepak (Naib Juara Kumpulan)
  • Bola Jaring

PENGAJIAN PERSEKOLAHAN PASTI

Bidang Pengajian Persekolahan PASTI

Unsur Tarbiyyah
Penekanan 5 unsur Tarbiyah:
Tarbiyah Imaniyyah (Aqidah)
· Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh)
· Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak)
· Tarbiyah Aqliah (Intelek)
· Tarbiyah Jasadiah (Jasmani)

Bidang Ilmu
Merangkumi 4 bidang ilmu:
· Ilmu Fardhu Ain
· Ilmu Fardhu Kifayah
· Ilmu Alat
· Sumber Ilmu

Komponen Mata Pelajaran
Merangkumi:
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Bahasa Arab
· Jawi
· Matematik
· Sains Sosial & Pembangunan Insan
· Al Qur‘an
· Peribadi Muslim

Umur
PASTI menerima kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.


KURIKULUM PASTI

FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan, dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman, dan Ihsan.

Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi, dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam.

Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.

KURIKULUM

Kurikulum Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) merupakan suatu kurikulum prasekolah yang dibina khusus untuk pengajian kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun berdasarkan falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Islam (FPI), dan Falsafah Pendidikan PASTI (FPP) yang melibatkan anak-anak PASTI dan guru (mu’alumah).

KANDUNGAN & FUNGSI KURIKULUM

Kurikulum PASTI adalah megikut susunan kandungan yang diajar secara tersusun dan sistematik bagi memenuhi serta mencapai matlamat Tarbiyyah Islamiyyah. Pada dasarnya kurikulum ini adalah pancaran konsep Insaniyyah dari Manhaj Al-Hayah Al-Rabbani yang berpaksikan Iman, Islam, dan Ihsan.

Fungsinya ialah bagi mengawal dan memelihara fitrah manusia supaya potensi-potensi rohaniah, aqliah, dan jasmaniyah tidak dirosakkan oleh pengaruh alam sekeliling yang merendahkan kualiti iman manusia. Selain itu, kurikulum PASTI juga berfungsi untuk memperkembangkan fitrah serta potensi-potensi kemanusiaan selaras dengan kehendak matlamat Pendidikan Islam.

VISI & MISI

VISI
Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting.

MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan, serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.

OBJEKTIF
  • Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu, dan beramal.
  • Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Qur‘an dan Hadis.
  • Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak, dan cenderong melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.
  • Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz, dan menghayati Al-Qur‘an, doa, dan zikir.
  • Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik, dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis, dan menghafal.

PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2009


Pasti Asy-Syakirin Desa Mewah, Semenyih sedang membuka pendaftaran untuk pelajar-pelajar baru untuk tahun 2009. Kepada tuan/puan yang ingin mendaftar silalah berhubung dengan Cikgu Ain No. H/P: 012-3814581 atau Pengurus PASTI Tuan Haji Abd. Rahman No. H/P: 019-2218636.