02 January 2010

SELAMAT DATANG KE PASTI DESA MEWAH

Kami jawatankuasa pengurusan Pasti Desa Mewah mengucapkan selamat belajar kepada pelajar-pelajar baru PASTI Desa Mewah. Terima kasih kepada Ibubapa yang masih memilih PASTI ini sebagai pilihan untuk pembelajaran anak-anak mereka.

Terima kasih.

23 December 2009

PENDAFTARAN BARU TAHUN 2010

PASTI Desa Mewah akan mula membuat pendaftaran mulai 28 Disember 2009 dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tgh.

Harap Maklum. Terima kasih.

06 November 2009

GURU PASTI DIPERLUKAN

GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) TAMAN DESA MEWAH, SEMENYIH.

Pihak kami memerlukan 2 orang guru yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan guru pada tahun 2010. Aktiviti yang dijalankan di PASTI ini adalah seperti berikut;

(1) 08.00 hingga 11.30 Pagi - Kelas harian
(2) 11.30 hingga 12.30 Tgh - Kelas Al-Quran
(3) Penjagaan harian
(4) Transit

Penginapan disediakan secara percuma.

Kepada calon-calon yang berminat boleh berhubung terus dengan Pengurus PASTI Tuan Haji Abd. Rahman pada talian 019-2218636.

Terima kasih.

30 October 2009

JEMPUTAN MAJLIS IHTIFAL PASTI 2009

Insyaallah PASTI Desa Mewah akan mengadakan Majlis Ihtifal pada:-

Tarikh: 14 Nov. 2009
Masa: Jam 9.00 Malam
Tempat: Surau Desa Mewah

Kami Jawatankuasa Pentadbir PASTI menjemput tuan-puan, ibu bapa hadir ke majlis tersebut. Sumbangan kuih muih adalah dialu-alukan.

Terima kasih.

PENDAFTARAN TAHUN 2010

SEMUA BAYARAN DIKEKALKAN....
Pendaftaran tahun 2010 dibuka. Kepada keluarga yang ingin mendaftar sila berhubung dengan pengurus PASTI Desa Mewah. H/P 019-2218636.

13 January 2009

PELAJAR PASTI TAHUN 2009














Tahniah dan terima kasih kepada Ibubapa kerana memilih PASTI Asy-Syakirin Desa Mewah sebagai pilihan Pra Sekolah anak-anak mereka. Sehingga 12 Januari 2009 seramai 35 orang pelajar telah mendaftar dan memulakan kelas.

Bilangan mereka mengikut umur dan jantina.


Lelaki
1. Umur 4 tahun 01 orang
2. Umur 5 tahun 17 orang
3. Umur 6 tahun 10 orang


Perempuan
1. Umur 4 tahun 01 orang
2. Umur 5 tahun 02 orang
3. Umur 6 tahun 04 orang










Pihak kami juga mengendalikan penjagaan harian. Bilangan mereka adalah seramai 07 orang.



Guru adalah seramai 02 orang.
1. Cikgu Nurain
2. Cikgu Norliana
Seorang pembantu guru.
1. Cik Noradilah




30 December 2008

PENDAFTARAN TAHUN 2009

Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran mulai dari sekarang atau pada waktu persekolahan yang akan bermula pada 05 Jan. 2009. Adalah dimaklumkan semua bentuk pembayaran dikekalkan seperti tahun 2008.

WAKTU PERSEKOLAHAN
Isnin hingga Khamis - 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi.
Jumaat - 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi.

Berikut disertakan senarai pembayaran:-

Pendaftaran tahun 2009.
1. Yuran Pendaftaran Murid Baru - RM60.00 Murid lama RM30.00 Shj.
2. Buku & Alatan Tulis - RM110.00
3. Kertas Ujian dan Aktiviti - RM50.00
4. Sumbangan Ihtifal - RM20.00
5. Sumbangan Dana PASTI - RM10.00
6. Sumbangan Sukan - RM20.00
7. Aktiviti Lawatan - RM30.00
8. Bayaran Yuran Bulanan - RM70.00 sebulan selama 10 Bulan Sahaja.

Bayaran Pakaian PASTI
1. Pakaian Murid Lelaki - RM30.00
2. Pakaian Murid Perempuan - RM27.00
3. Pakaian Sukan - RM25.00

Bayaran Penjagaan Harian (Day Care)- Jika Perlu Sahaja.
1. Masa 11.30 Pagi hingga 3.00 Petang - RM80.00
2. Masa 11.30 Pagi hingga 6.00 Petang - RM140.00
Bayaran tambahan akan dikenakan jika melebihi masa yang ditetapkan.

JADIKAN PASTI SEBAGAI PILIHAN UTAMA TUAN/PUAN.